Posts

Showing posts with the label MC mark

Keselamatan Produk dan Fungsi Agensi Perlindungan Pengguna (spt KPDNKK)

Image
Phthalates Phthalates adalah sebatian kimia yang digunakan untuk melembutkan plastik seperti PVC (Poly Vinyl Chloride). Ia digunakan dalam pelbagai produk pengguna termasuk alat-alat permainan dan digunakan untuk penjagaan kanak-kanak. Pada tahun 1999, ahli negara kesatuan Eropah telah menyuarakan kebimbangan tentang kesan ‘teruk’ (adverse) sebatian phthalates terhadap kesihatan kanak-kanak. Direktorat Keselamatan Produk Pengguna Am telah mengenakan larangan sementara terhadap penggunaan phthalates dalam produk kanak-kanak termasuk alat permainan. Pada tahun larangan tersebut dikekalkan untuk alat-alat permainan di bawah Keselamatan Produk Pengguna Am Directive 2005/84/EC – Kesatuan Eropah. Tindakan ini diambil selepas satu siri penilaian risiko mengesahkan kebimbangan dari segi keselamatan. Hasil penilaian risiko tersebut membezakan risiko keselamatan tiga (3) kelas phthalates: Bis (2-ethylhexyl)phthalate (DEHP), Dibutyl phthalate (DBP) and Butyl benzyl phthalate (BBP) dan ti...