Keselamatan Produk dan Fungsi Agensi Perlindungan Pengguna (spt KPDNKK)

Phthalates

Phthalates adalah sebatian kimia yang digunakan untuk melembutkan plastik seperti PVC (Poly Vinyl Chloride). Ia digunakan dalam pelbagai produk pengguna termasuk alat-alat permainan dan digunakan untuk penjagaan kanak-kanak. Pada tahun 1999, ahli negara kesatuan Eropah telah menyuarakan kebimbangan tentang kesan ‘teruk’ (adverse) sebatian phthalates terhadap kesihatan kanak-kanak. Direktorat Keselamatan Produk Pengguna Am telah mengenakan larangan sementara terhadap penggunaan phthalates dalam produk kanak-kanak termasuk alat permainan.

Pada tahun larangan tersebut dikekalkan untuk alat-alat permainan di bawah Keselamatan Produk Pengguna Am Directive 2005/84/EC – Kesatuan Eropah. Tindakan ini diambil selepas satu siri penilaian risiko mengesahkan kebimbangan dari segi keselamatan. Hasil penilaian risiko tersebut membezakan risiko keselamatan tiga (3) kelas phthalates: Bis (2-ethylhexyl)phthalate (DEHP), Dibutyl phthalate (DBP) and Butyl benzyl phthalate (BBP) dan tiga lagi phthalates : diisononyl phthalate (DINP), diisodecyl phthalate (DIDP) dan di-n-octyl phthalate (DNOP). 

Larangan tersebut juga dimasukkan dalam senarai bahan kimia merbahaya REACH yang sama dengan sistem pengkelasan global untuk bahan kimia oleh pertubuhan bangsa-bangsa bersatu (UN – GHS). 

Penggunaan DEHP, DBP, BBP, DINP, DIDP dan DNOP di dalam alat permainan dan barangan (penjagaan) kanak-kanak yang boleh dimasukkan dalam mulut adalah dilarang di Kesatuan Eropah. Selepas tinjaun semula larangan tersebut pada 2013, Kesatuan Eropah mengesahkan larangan tersebut.

Kajian di Asia, Eropah dan Amerika Syarikat menunjukkan kemungkinan wujudnya risiko alahan, lelah dan eczema pada kanak-kanak jika terdedah kepada DEHP dan BBzP. Risiko lain phthalates dikaitkan dengan gangguan fungsi hormon, barah dan perkembangan mental.
Beberapa standard antrabangsa ISO telah dibangunkan untuk menentukan tahap phthalates dalam alat-alat permainan DAN JUGA barangan penjagaan kanak-kanak yang boleh dimasukkan dalam mulut. 
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengunaan seharusnya memantau perkembangan standard keselamatan produk kanak-kanak – bukan sahaja alat-alat permainan supaya peraturan dan tahap keselamatan kanak-kanak lebih terjamin. Jika Kesatuan Eropah yang secara relatif lebih kompeten dalam penilaian risiko keselamatan produk pengguna telah mengenakan larangan terhadap phthalates, KPDNKK harus mempertimbangkan kesan phthalates terhadap kanak-kanak di Malaysia. Ini adalah tanggunjawab sebuah agensi perlindungan pnegguna seperti yang dirakam dalam Panduan Perlindungan Pengguna Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu – UNGCP. 

Keberkesanan Label MC dan Keperluan Standard Mandatori Barangan Kanak-kanak

Persatuan Pengguna-pengguna Standard Malaysia melaksanakan kajian tentang keberkesanan label MC dan keselamatan alat permainan kanak-kanak. Laporan tersebut menunjukkan ramai pengguna terutamanya wanitamasih tidak tahu mengenai fungsi label MC dan membezakan label MC tulin dan palsu. KPDNKK tidak menyediakan pengkalan data dalam talian untuk pengguna mengesahkan kesahihan label tersebut. Sehingga kini tiada respon daripada pihak Kementerian. Kami juga pernah menjalankan kajian keperluan standard mandatori bagi barangan kanak-kanak pada tahun 2012. Sehingga sekarang tiada maklumat yang mudah diperolehi daripada KPDNKK mengenai status perlaksanaan standard mandatori bagi barangan kanak-kanak, juga. Banyak produk kanak-kanak dan penjagaan kanak-kanak telah ditraik balik dari pasaran Jepun, Korea, Australia dan Eropah kerana risiko bahan kimia dan risiko fizikal (seperti tercekik, kecederaan). Salah satu produk yang terlibat adalah ‘stroller’ katil dan kerusi kanak-kanak.

Keberkesanan Portal My.Standard

Portal MyStandard juga didapati tidak dikemaskinikan dengan sebarang maklumat mengenai keselamatan produk yang ditarik balik dari pasaran lain dan status risiko tersebut di Malaysia.


Input terakhir penarikan balik produk adalah pada tahun 2014. Tiada rekod penarikan balik Toyota dan pelbagai kereta jenama lain akibat airbag yang meletup. Penarikan balik IKEA di Malaysia akibat risiko kejutan elektrik oleh jenama GOTHEM juga tidak dilaporkan dalam portal My.Standard.
Risiko Hoverboard

Beberapa kes ‘hoverboard’ terbakar telah dilaporkan oleh agensi perlindungan pengguna di Amerika Syarikat, Singapura, Australia dan Jepun. Hoverboard dikelaskan sebagai produk peralatan sukan dan menggunakan bateri. Kedua-dua KPDNKK dan Suruhanjaya Tenaga harus mengkaji risiko hoverboard tersebut dan mengeluarkan kenyataan kepada pengimport, pengeluar dan PENGGUNA hoverboard di Malaysia untuk melaporkan sebarang insiden keselamatan dan juga memastikan semua standard keselamatan antarabangsa dipatuhi – di mana wujudnya standard tersebut.

Tindakan Yang Perlu

KPDNKK harus mengambil tindakan wajar dan serta merta untuk meningkatkan tahap keselamatan produk pengguna (terutamanya kanak-kanak) di Malaysia.

Label sahaja tidak menjamin keselematan. Kesahihan label dan keyakinan terhadap label juga penting kepada pengguna. Sistem dan infrastruktur yang sedia ada adalah lemah dalam menjamin keselamatan produk di Malaysia. 

Agensi perlindungan pengguna harus mempunyai kepakaran teknikal dalam risiko kimia, fizikal dan biologi. Agensi tersebut juga harus airf tentang pengurusan risiko keselamatan produk pengguna. Makmal – makmal di Malaysia harus berupaya menyokong fungsi – fungsi tersebut di atas untuk menguji produk-produk di pasaran bagi ciri-ciri keselamatan dan juga prestasi.

Comments

Unknown said…
Does anyone know what are they doing .....really for consumers?
Unknown said…
Does anyone know what are they doing .....really for consumers?

Popular posts from this blog

Penandaan Tarikh (TARIKH LUPUT) dan Apakah Maknanya Kepada ANDA?

Apakah Makna Penarikan Balik Produk Pengguna – KEPADA ANDA?

Format Notis Penarikan Balik Produk di Pasaran (Product Recall Notice Format)