Posts

Showing posts with the label SPAN

THM dalam Air Minuman Anda - Selamatke?

Image
Agen penyahkuman seperti klorin ditambah ke dalam bekalan air untuk membunuh kuman yang menyebabkan penyakit (patogen). Walaubagaimanapun, sebatian sampingan yang dihasilkan semasa proses atau tindakan penyahkuman (disinfection process) adalah trihalomethanes atau THM. THM membahayakan kesihatan! Salah satu cabaran yang dihadapi oleh pembekal air adalah mengawal dan menghadkan risiko kuman dan THM di dalam bekalan air. Apa itu THM? THM adalah kumpulan 4 jenis bahan kimia yang terbentuk bersama-sama dengan bahan sampingan yang lain apabila klorin atau lain-lain bahan penyahkuman bertindakbalas dengan bahan semulajadi (organik atau bukan organik) dalam bekalan air mentah. Empat jenis THM tersebut adalah: Kloroform; Bromodichloromethane; Dibromocholoromethane; dan Bromoform Beberapa negara telah menghadkan kandungan THM dalam air di peringkat pertama (Stage 1) penyahkuman bekalan air minuman – iaitu 80 bahagian per billion (80ppb). Keempat-empat THM ...