THM dalam Air Minuman Anda - Selamatke?
Agen penyahkuman seperti klorin
ditambah ke dalam bekalan air untuk membunuh kuman yang menyebabkan penyakit (patogen).
Walaubagaimanapun, sebatian sampingan yang dihasilkan semasa proses atau tindakan
penyahkuman (disinfection process) adalah trihalomethanes atau THM. THM membahayakan
kesihatan!
Salah satu cabaran yang dihadapi
oleh pembekal air adalah mengawal dan menghadkan risiko kuman dan THM di dalam
bekalan air.
Apa itu THM?
THM adalah kumpulan 4 jenis bahan
kimia yang terbentuk bersama-sama dengan bahan sampingan yang lain apabila
klorin atau lain-lain bahan penyahkuman bertindakbalas dengan bahan semulajadi (organik
atau bukan organik) dalam bekalan air mentah.
Empat jenis THM tersebut adalah:
- Kloroform;
- Bromodichloromethane;
- Dibromocholoromethane; dan
- Bromoform
Beberapa negara telah menghadkan
kandungan THM dalam air di peringkat pertama (Stage 1) penyahkuman bekalan air
minuman – iaitu 80 bahagian per billion (80ppb).
Keempat-empat THM tersebut di atas
adalan hasil sampingan penambahan klorin ke dalam bekalan air minuman. Kesemuanya
adalah bahan karsinogen kumpulan 2 (iaitu menyebabkan barah pada haiwan di
dalam makmal).
Kloroform adalah bahan kimia
yang paling kerap dijumpai dalam bekalan air yang dirawat dengan penyahkuman klorin (pengklorinan). Urutan menurun risiko barah THM
adalah seperti berikut:
- Dibromocholoromethane
- Bromoform dan
- Kloroform
Paras THM meningkat dengan pH, suhu,
masa dan kehadiran bahan pelopor. Bahan pelopor adalah bahan organik yang
bertindakbalas dengan klorin untuk membentuk THM.
Salah satu cara mengurangkan THM
adalah dengan mengurangkan penggunaan atau tidak menggunakan klorin sebelum penapis di loji rawatan dan mengurangkan
kandungan bahan pelopor.
Kandungan bahan pelopor adalah lebih
tinggi sebelum proses penapisan maka matlamat adalah mengurangkan masa tindakan
klorin dalam air sebelum proses penapisan.
Di rumah atau mana-mana tahap
penggunaan air, penapis karbon aktif boleh mengurangkan kandungan THM. Proses
RO atau osmosis berbalik (reverse osmosis) juga boleh mengurangkan THM.
Walaubagaimanapun, pembekal bahan
penapis atau rawatan air domestik harus mematuhi standard yang ditetapkan dan yang diterima luas. Tak semestinya standard negara maju sesuai untuk
digunakan di Malaysia. Standard yang digunakan haruslah sesuai dengan tahap
pencemaran bekalan air mentah dengan bahan pelopor dan cara rawatan air di
Malaysia.
Untuk maklumat lanjut pembaca boleh
menghubungi Bahagian Kawalan Keselamatan Makanan di bawah Kementerian Kesihatan
Malaysia (KKM) di 03-88850797 atau Forum Air Malaysia (FAM) – 03 7875 3168 atau
Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) - 03 83179320.
Comments