Bedak Talkum dan Barah Ovari
Maklumat Tentang Talkum, Bedak Talkum dan Barah Pada 24 Februari 2016, juri di Missouri, Amerika Syarikat meminta Johnson and Johnson (J&J) membayar pampasan USD 72 juta kepada keluarga seorang wanita yang telah meninggal dunia. Keluarga tersebut mendakwa penggunaan talkum jenama J&J dan lain –lain produk yang mengandungi talkum telah menyebabkan barah ovari dan kematian wanita tersebut. Apa itu talkum? ‘Talc’ adalah nama umum sebatian magnesium silikat terhidrat. Talc digunakan dalam makanan, dadah, kosmetik dan aplikasi industri. Artikel ini memfokus kepada talc yang digunakan untuk tujuan kosmetik dan penjagaan diri. Ini adalah kerana penggunaan bedak talc atau talkum dikaitkan dengan barah ovari. Mengapa talkum digunakan dalam barangan kosmetik dan penjagaan diri? Talkum mempunyai pelbagai kegunaan dalam kosmetik dan penjagaan diri. Di antara kegunaan talkum adalah sebagai penyerap, agen anti-keras dan untuk memperbaiki sentuhan sesuatu produk. Ia juga digu...