TRICLOSAN: TRICKY and RISKY? (Sukar atau Risiko?)
Apa itu Triclosan Triclosan adalah bahan yang ditambah ke dalam produk pengguna untuk mengurangkan atau mengelakkan pencemaran kuman atau bakteria. Ia digunakan dalam pelbagai produk pengguna: pakaian, perkakas dapur, perabot dan juga alat permainan! Ia juga digunakan dalam produk penjagaan kebersihan badan seperti ubat gigi, sabun mandi dan beberapa jenis kosmetik. Apakah maklumat keselamatan triclosan – yang ada? Walaupun tiada kajian menunjukkan ia tidak selamat kepada manusia , terdapat beberapa kajian saintifik yang terbaru yang memaksa pelbagai agensi kerajaan seperti FDA di Amerika Syarikat dan agensi setara di Kesatuan Eropah meninjau semula aspek keselamatan penggunaan triclosan di dalam produk pengguna. Kajian ke atas haiwan menunjukkan triclosan mengubah kawalan hormon. Kajian ke atas bakteria menunjukkan bahawa triclosan mungkin menyebabkan bakteria tersebut tahan antibiotik ( antibiotic resistant ). Maka agensi-agensi ini telah melaksanakan ...