TRICLOSAN: TRICKY and RISKY? (Sukar atau Risiko?)
Apa itu Triclosan
Triclosan adalah bahan yang
ditambah ke dalam produk pengguna untuk mengurangkan atau mengelakkan pencemaran
kuman atau bakteria. Ia digunakan dalam pelbagai produk pengguna: pakaian,
perkakas dapur, perabot dan juga alat permainan! Ia juga digunakan dalam produk
penjagaan kebersihan badan seperti ubat gigi, sabun mandi dan beberapa jenis
kosmetik.
Apakah maklumat keselamatan triclosan – yang ada?
Walaupun tiada kajian menunjukkan
ia tidak selamat kepada manusia , terdapat beberapa kajian saintifik yang
terbaru yang memaksa pelbagai agensi kerajaan seperti FDA di Amerika Syarikat
dan agensi setara di Kesatuan Eropah meninjau semula aspek keselamatan
penggunaan triclosan di dalam produk pengguna.
Kajian ke atas haiwan menunjukkan
triclosan mengubah kawalan hormon. Kajian ke atas bakteria menunjukkan bahawa
triclosan mungkin menyebabkan bakteria tersebut tahan antibiotik (antibiotic resistant).
Maka agensi-agensi ini telah
melaksanakan atau terlibat dalam kajian saintifik dan meninjau semula kawalan
undang-undang terhadap triclosan.
Adakah penambahan triclosan membawa faedah kepada pengguna
Hanya data kajian yang diperolehi
FDA pada tahun 1997 mengenai Colgate Total yang menunjukkan triclosan di dalam
produk tersebut mengelakkan gingivitis (pembengkakan gusi).
Bagi produk-produk lain agensi
ini tidak mendapat apa bukti bahawa penambahan triclosan membawa sebarang
faedah kesihatan. Sehingga tahun 2013 agensi ini juga tidak mendapat /
memperolehi apa – apa bukti bahawa triclosan dalam sabun anti-bakteria membawa
apa-apa faedah yang lebih daripada membasuh dengan sabun biasa dan air.
Tindakan Agensi Kerajaan di Beberapa Negara:
Amerika Syarikat:
FDA mewartakan bahawa semua
pengeluar produk yang menggunakan triclosan sebagai agen anti-bakteria:
- harus memberikan data kajian / ujian yang menunjukkan penambahan triclosan memang memberikan faedah kesihatan pengguna.
- bahawa faedah jika adaadalah lebih baik daripada penggunaan sabun biasa dalam mengelakkan jangkitan dan penyebaran penyakit
Jika tiada bukti produk-produk
tersebut perlu ditukar formula (reformulate)
dan dilabel semula untuk terus dipasarkan kepada pengguna.
Kesatuan Eropah
Telah menghadkan penggunaan
triclosan dalam kosmetik kepada kandungan maksimum 0.2% dalam cecair pencuci
mulut dan maksimum 0.3% di dalam barangan kosmetik lain seperti ubat gigi,
sabun pencuci tangan dan bedak muka.
ASEAN
Had sama dengan Kesatuan Eropah.
ASEAN juga menunggu hasil kajian Kesatuan Eropah mengenai keselamatan
triclosan.
Sumber-Sumber berita:
- http://www.fda.gov/NewsEvents/Newsroom/PressAnnouncements/ucm378542.htm
- https://chemicalwatch.com/19141/eu-bans-five-parabens-restricts-triclosan-in-cosmetics
- https://chemicalwatch.com/22542/asean-bans-five-parabens-restricts-triclosan-in-cosmetics
Nasihat Kepada Pengguna
Sehingga hasil kajian diterima
adalah wajar pengguna mengelakkan penggunaan produk yang mengandungi triclosan.
Sebarang penggunaan agen
antibakteria harus dinyatakan dalam label. Jadi baca label.
Jika label produk kosmetik hanya
menyatakan anti-bakteria dan tidak menyatakan jenis bahan laporkan kepada Biro Kawalan
Farmaseutikal Kebangsaan atau BPFK ditalian : 603-7883 5400/ 5409 atau laman
web: http://portal.bpfk.gov.my/index.cfm
Comments