Keselamatan Bahan Kimia di Rumah Anda!

Anda menggunakan pelbagai bahan kimia di rumah anda. Contohnya, cecair pencuci pakaian, lantai dan dinding. Serbuk pencuci, pengilat kasut dan perabot, ‘wax’ kereta dan penyegar udara serta racun haiwan dan serangga perosak. Bahan-bahan kimia mungkin mempunyai bahaya kebakaran, melecur,  racun dan mungkin meletup di bawah keadaan yang sesuai.

Tahukah anda?

Bungkusan pencuci pakaian mempunyai rekabentuk yang menarik perhatian kanak-kanak dan jika tertelan ia sangat membahayakan kesihatan?

PASTIKAN ANDA SIMPAN BAHAN PENCUCI DALAM RUANG YANG BOLEH DIKUNCI JAUH DARIPADA KANAK-KANAK.

Simbol dan Arahan

Ketahui makna semua simbol risiko bahan kimia dan ikuti semua arahan pada label bekas bahan kimia tersebut.
  • Baca label sebelum membeli atau menggunakan bahan kimia di rumah.
  • Ikut arahan penggunaan setiap kali anda menggunakan bahan tersebut

 [di kebanyakan negara, terdapat undang-undang yang memerlukan label bahan kimia kegunaan di rumah mengandungi:
  • Arahan penggunaan
  • Arahan penyimpanan
  • Arahan pembuangan dan
  • Simbol jenis bahaya dan amaran.]

Malangnya di Malaysia tiada perundangan yang teliti tentang pelabelan bahan kimia kegunaan di rumah walaupun jelas agensi yang paling sesuai adalah KPDNKK.
  1. Jangan tutup atau buang label bahan kimia di rumah
  2. JANGAN SEKALI-KALI mencampur dua bahan kimia berlainan. [besar kemungkinan gas merbahaya seperti klorin atau ammonia dibebaskan akibat tindakbalas kedua-dua bahan kimia tersebut dan ini adalah SANGAT MERBAHAYA]. 
  3. Tutup sepenuhya bekas bahan kimia.
  4. Ajar anak-anak anda maksud simbol bahan kimia dan bahaya bahan tersebut  - iaitu MERBAHAYA . JANGAN SENTUH!     
  5. SIMPAN SEMUA BAHAN KIMIA DALAM BEKAS ASAL MEREKA.  
  6. Seboleh-bolehnya jangan simpan bahan kimia yang menghasilkan gas atau mudah terbakar di dalam rumah.              Contoh adalah: cat, pelarut cat, bahan api dan varnish. Ruang simpanan bahan kimia mudah terbakar mesti mempunyai aliran udara yang baik / cukup.
  7. Beli bahan kimia mengikut keperluan semasa dan bukan secara pukal.
  8. Jangan sekali-kali membakar bekas bahan kimia dan menuang bahan kimia (sisa atau yang tidak digunakan) ke dalam longkang.

GUNAKAN BAHAN KIMIA DENGAN SELAMAT

DEMI KESELAMATAN ANDA dan 
SEKELUARGA - KINI dan MASA DEPAN


Comments

Popular posts from this blog

Penandaan Tarikh (TARIKH LUPUT) dan Apakah Maknanya Kepada ANDA?

Apakah Makna Penarikan Balik Produk Pengguna – KEPADA ANDA?

Format Notis Penarikan Balik Produk di Pasaran (Product Recall Notice Format)