Apakah Phthalates? Adakah ia SELAMAT?

Phthalates adalah sejenis kumpulan bahan kimia  yang digunakan sebagai agen yang memberikan plastik ciri-ciri 'fleksibiliti' dan mudah dibentuk. Oleh kerana itu ia digunakan dalam pelbagai produk plastik seperti: alat permainan, lapik lantai, penebat kabel, perabot, kasut dan dalaman kereta. Phthalates juga digunakan sebagai pelarut dalam cat, pelekat, pewangi/penyegar udara dan lain-lain.
Ada beberapa jenis phthalates dan tahap kemudaratan terhadap manusia belum dikenalpasti.  Ada beberapa jenis phthalates yang menyebabkan barah, keracunan hati atau masalah organ pembiakan dalam haiwan ujian!
Beberapa negara termasuk China telah melarang penggunaan phthalates dalam alat permainan kanak-kanak dan barangan kanak-kanak. 

Terdapat enam jenis phthalates yang dilarang iaitu:
  1. dibutyl phthalate(DBP), 
  2. butyl benzyl phthalate (BBP), 
  3. di(2-ethylhexyl) phthalate (DEHP)
  4. di-n-octyl phthalate (DnOP), 
  5. diisononyl phthalate (DINP), dan 
  6. diisodecyl phthalate (DIDP)
Satu standard ISO baru telah diterbitkan tahun lalu iaitu: ISO 8124-6:2014
Safety of toys -- Part 6: Certain phthalate esters in toys and children's products.
Standard ini menggariskan kaedah penentuan DBP, BBP, DEHP, DNOP, DINP dan DIDP dalam barangan serta alat permainan kanak-kanak. Ia boleh digunapakai untuk semua barangan dan alat permainan kanak-kanak yang dibuat daripada plastik, tekstil (kain) dan disalut (coatings).

Peraturan keselamatan alat permainan di Malaysia menggariskan beberapa standard yang wajib dipatuhi sebelum tanda MC diluluskan. Namun ISO 8124-6 tiada dalam senarai standard wajib (mandatori) tersebut.

Bilakah agaknya Peraturan Keselamatan Alat Mainan kanak-kanak 2010 akan dikemaskinikan? Talian 1-800-886-800 KPDNKK mungkin dapat membantu!
Pada tahun 2012, persatuan pengguna Singapura CASE telah menjumpai alat permainan yang diedarkan sebagai hadiah mengandungi tahap phthalates yang merbahaya. 

Persatuan Pengguna-Pengguna Standard Malaysia (Standards Users) telah menguji beberapa sampel penyegar udara (termasuk jenama popular) dan mendapati tahap phthalates yang agak tinggi. Ujian ini dijalankan pada tahun 2012.

Oleh kerana tiada tahap phthalates ditetapkan oleh undang-undang maka tiada tindakan undang - undang yang berkesan diambil sehingga sekarang. Bayangkan anda dan keluarga anda tersangkut dalam kesesakan lalulintas selama 2jam dan menghidu bahan penyegar udara yang mengandungi phthalates? 

Adakah agensi kompeten yang boleh memberikan nasihat yang berguna kepada para pengguna? Jika ya, mana satu agensi?


_____________

Comments

Popular posts from this blog

Penandaan Tarikh (TARIKH LUPUT) dan Apakah Maknanya Kepada ANDA?

Apakah Makna Penarikan Balik Produk Pengguna – KEPADA ANDA?

Format Notis Penarikan Balik Produk di Pasaran (Product Recall Notice Format)