Minggu lalu (10 Julai, 2015), agensi keselamatan pengguna negara Sepanyol mengeluarkan notis supaya sabun jenama Bomb Cosmetics ditarik balik dari pasaran.
Mengapa?
Ini adalah kerana sabun tersebut mempunyai risiko 'tercekik' atau choking. Oleh kerana bentuk, warna dan saiz produk tersebut menyerupai makanan, ia didapati membahayakan kanak-kanak. Mereka mungkin menanggap bahawa produk tersebut adalah makanan. Cebisan yang lebih kecil mungkin ditelan dan berupaya menyebabkan kanak-kanak tercekik.
Pada tahun 2012/2013 apabila Standards Users menguji beberapa jenama 'air freshener' atau penyegar udara untuk menentukan kandungan phthalates dan bahan kimia meruap, didapati satu jenama 'air freshener' berupa minuman ringan dalam tin!!!!
Laporan ujian juga telah diberikan kepada KPDNKK, KKM dan Jabatan Standard Malaysia.
Walaupun standard baru akan dibangunkan tetapi apakah kandungan standard tersebut mensaihati pengeluar supaya rekabentuk produk juga tidak membahayakan pengguna? terutamanya pengguna kanak-kanak?
Laporkan / berikan maklumat tersebut kepada Standards Users melalui PSIISS untuk kami terus berjuang meningkatkan keselamatan produk pengguna di Malaysia untuk Malaysia.
Comments