LEPTOSPIROSIS dan ANDA!
Pada bulan Mac 2015 Ketua
Pengarah Kesihatan Malaysia dilaporkan berkata sebanyak 7,806 kes dicatat pada
tahun 2014 dan 92 kematian. Angka ini adalah 75% lebih daripada 4,457 kes yang
dilaporkan pada tahun 2013.
Apa itu Leptospirosis?
Leptospirosis adalah sejenis
penyakit (yang juga dikenali sebagai penyakit kencing tikus – rat urine
disease) yang disebabkan oleh bakteria Leptospira interrogans. Fungsi tikus
sebagai sumber yang menyebabkan penyakit ini dalam manusia pertama dikenalpasti
pada tahun 1917.
Beberapa haiwan lain juga telah
dikenalpasti sebagai pembawa penyakit tersebut.
Mengapa Leptospirosis Semakin Ketara?
Kes-kes leptospirosis lebih
banyak dilaporkan dalam kalangan mereka yang berkunjung ke kawasan riadah air
terjun – contohnya di Kedah.
Kejadian di kawasan bandar meningkat
semasa episod banjir dan semasa musim kemarau. Punca masalah ini adalah
pengurusan sampah yang tidak bertanggungjawab dalam kalangan masyarakat kita –
SIKAP KITALAH PUNCA MASALAH
tersebut!!!
Apakah yang SAYA perlu lakukan?
Sampah harus dibuang ke dalam
tong sampah yang disediakan. Kita semua bertanggunjawab memastikan persekitaran
tempat tinggal kita juga bebas daripada kawasan pembiakan binatang perosak –
TERUTAMANYA TIKUS.
Peniaga makanan dan pengusahan
restoran juga harus memastikan sisa makanan dibuang dengan bertanggunjawab. Pastikan
ramuan dan bahan mentah makan disimpan dalam keadaan bebas binatang perosak.
Peranan Agensi Kerajaan
Pihak berkuasa tempatan harus
menjalankan tanggungjawab mereka dengan memastikan sampah yang dihasilkan di
kawasan mereka dikutip mengikut jadual yang tetap dan kawasan-kawasa awam tidak
menjadi tempat pembiakan tikus.
KKM harus menjalankan pendidikan
masyarakat yang berkesan. Apakah dana Lembaga
Promosi Kesihatan digunakan dengan betul? Siapakah yang memantau penggunaan dana dan
projek-projek yang diberi keutamaan? Pegawai-pegawai KKM dan lain-lain agensi
kerajaan harus fokus dalam melaksanakan dasar dan pengawasan. Pendidikan
masyarakat harus dilaksanakan oleh pihak – pihak yang lebih dekat dengan
masyarakat seperti, JKKK (jawatankuasa ketua-ketua kampong) dan persatuan
pengguna dan alam sekitar.
Comments