Produk Kosmetik - Pembeli Perlu Berhati-Hati (BUYER BEWARE)

Apabila anda mencuci rambut, membersih atau melembapkan kulit, menggunakan bahan solek, ‘deodorant’ atau pelindung UV, pernakah anda berfikir sama ada produk-produk tersebut selamat atau tidak? Sama ada produk – produk tersebut memudaratkan atau tidak kepada anda, keluarga anda dan alam sekitar?


Amalan baik dasar perlindungan pengguna adalah ‘seller beware’ (caveat venditor) atau peniaga perlu berhati-hati tetapi kelemahan dalam dasar dan undang – undang perlindungan pengguna kosmetik di kebanyakan negara adalah berdasarkan ‘buyer beware’ (caveat emptor) atau pembeli perlu berhati-hati. 

Produk kosmetik tidak mengandungi risiko yang tinggi seperti ubat-ubatan yang memerlukan ujian yang mendalam dan pengesahan badan kawalan ubat-ubatan, kosmetik dan makanan. 

Di Malaysia pelbagai aduan daripada penguna-pengguna kosmetik telah diterima oleh pusat aduan pengguna yang ditadbir oleh agensi kerajaan ataupun badan-badan bukan kerajaan (NGO). Kombinasi ‘Fake News’ atau khabar palsu dan media sosial merumitkan keadaan dan meningkatkan kekeliruan dalam kalangan pengguna dan agensi kerajaan yang berkaitan. 

Baru-baru ini akhbar the Star melaporkan seorang wanita yang telah mendapatkan rawatan kosmetik dengan ‘menjahit muka dengan benang emas’di Batu Pahat untuk menjadikan beliau cantik dan dapat bekerja sebagai ‘beautician’. Selepas rawatan tersebut sebahagian muka beliau menjadi kejang dan benang tersebut keluar sekitar pipi dan mata. Belanja rawatan tesebut di salon berjumlah RM 20,000.00. Y.Bhg Datuk Seri Michael Chong ketua Biro Perkhidmatan Aduan Awam MCA memberitahu media bahawa biro tersebut telah menerima 16 aduan terhadap prosedur kosmetik dalam tempoh dua tahun yang lepas. 


Satu liputan oleh New Straits Times (NST) pada December 2016 melaporkan industri kecil sederhana sektor kosmetik sendiri menjana jualan sebanyak RM 2 billion setahun. Walaubagaimanapun kebanyakan bahan kosmetik atau ramuannya tersebut telah dibawa masuk daripada negara China, Thailand, dan Filipina dan juga buatan tempatan. Produk kosmetik ini dibuat tanpa pendaftaran dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan tanpa sebarang kawalan terhadap ramuan yang dilarang. Produk-produk kosmetik ini dijual atas talian, melalui media sosial, bazaar, gerai-gerai dan pasar malam. Penjual dan pembuat memasarkan produk tersebut dengan janji menjadikan pengguna mencapai kecantikan dan keterampilan yang sempurna.

NST juga melaporkan bahawa gabungan kawalan undang – undang yang lemah dan permintaan yang mendadak membolehkan pengeluar dan pengedar bahan – bahan kosmetik beroperasi tanpa sebarang tindakan undang-undang. Sekaligus mendedahkan pengguna kepada risiko keselamatan dan kesihatan.

Pakar-pakar bidang kosmetik yang bimbang terhadap pendedahan pengguna terhadap risiko keselamatan mencadangkan kepada KKM meninjau semula ‘Sistem Harmonisasi ASEAN’, yang dilaksanakan melalui ASEAN Cosmetic Directive 2008 (ACD) yang berdasarkan ‘kejujuran’industri atau ‘self-regulation’. 

Pada bulan Mac , 2017 KKM menyenaraikan lapan produk kosmetik yang mengandungi racun berjadual mengikut Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 iaitu:

  • Moleek Day Cream, Adel Miracle Flawless Serum and Ah Beauty Night Cream mengandungi merkuri 
  • NDZ UV Whitening mengandungi hydroquinone
  • Snow Cream Normal, Snow Cream Sensitice, Dnars Nar Cream – Sensitive and Ellfie Night Cream mengandung. hydroquinone and tretinoin

Gabungan laporan NST dan the Star menunjukkan KKM hanya ‘scratched the surface’ dengan senarai di atas berbanding industri kecil sederhana sahaja yang bernilai RM 2 billion setahun. 

KKM perlu meningkatkan memantauan pasaran dan penguatkuasaan Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984. Pengguna bukanlah ahli kimia yang boleh memahami kesan bahan dan ramuan yang disenaraikan pada produk kosmetik. Kebanyakan bahan tersebut tidak disenaraikan dan perlu diuji untuk mengetahui jenis bahan dan tahap pengunaannya. 

KKM juga perlu membuat promosi dan meningkatkan kesedaran pengguna mengenai laporan kesan sampingan penggunaan produk kosmetik (jika ada). Agensi kerajaan tidak seharusnya hanya bergantung kepada media sosial dan akhbar harian sebagai saluran kesedaran pengguna. Pelbagai saluran dan kaedah telah dibangunkan untuk tujuan tersebut dan terbukti berkesan. KKM perlu menggunakan kaedah – kaedah tersebut.

Kepada pembaca;

  1. Laporan / aduan awam NPRA
  2. 8 cosmetic products named by Malaysia’s MOH for containing scheduled poisons
  3. Exclusive: Toxic cosmetics killing Malaysians [VIDEO]


Comments

Popular posts from this blog

Penandaan Tarikh (TARIKH LUPUT) dan Apakah Maknanya Kepada ANDA?

Apakah Makna Penarikan Balik Produk Pengguna – KEPADA ANDA?

Format Notis Penarikan Balik Produk di Pasaran (Product Recall Notice Format)